Honda tingkatkan momentum empat bulan akhir (2021), anjur kempen promosi dan pengenalan model baharu

1985

Honda Malaysia kini bersedia mengejar momentum empat bulan terakhir 2021 dengan pelan pengenalan model baharu, kempen promosi serta inisiatif kewangan.

Pengedar rasmi jenama Honda itu bersedia meningkatkan operasi kilang dan pusat jualan susulan pembukaan semula sektor automotif di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).



Justeru itu, Honda Malaysia mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengekalkan pengeluaran kereta pada standard tertinggi, memastikan permintaan dipenuhi dalam waktu ditetapkan dan penghantaran produk berkualiti tinggi.

Pihak syarikat juga mengambil langkah waspada dan pencegahan tambahan dengan pematuhan berterusan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan di pusat jualan dan kilang pengeluaran.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata langkah yang diambil termasuklah ujian Covid-19 setiap dua minggu, sanitasi dan pembasmian kuman di premis. 

“Kami gembira kerana 80 peratus rakan kerja Honda sudah divaksin dan kami mensasarkan vaksinasi penuh semua kakitangan menjelang Oktober 2021. 

“Untuk mendapatkan kembali momentum dan menetapkan penanda aras baharu di pasaran, Honda Malaysia membariskan model baharu yang menampilkan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang Honda dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Pelancaran itu akan menawarkan lebih banyak pilihan model baharu buat rakyat Malaysia  dalam tempoh pengecualian cukai jualan yang dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.

Promosi Hari Malaysia

Honda menganjurkan promosi Faedah Istimewa September sepanjang bulan ini. Kempen sambutan Hari Malaysia itu menawarkan faedah sehingga RM6,000 untuk dinikmati oleh pelanggan.

Inisiatif Kewangan

Honda Malaysia juga memperkenalkan inisiatif kewangan iaitu Program Pembiayaan Khas yang akan berlangsung sehingga 31 Disember ini untuk ketenangan minda dan memudahkan pemilikan kereta Honda. 

Inisiatif ini membolehkan pelanggan membeli kereta baharu dengan bayaran ansuran bulanan lebih rendah pada peringkat awal pemilikan. 

Platform tempahan online

Pelanggan boleh melakukan pra tempahan kereta menerusi platform pra-tempahan online yang boleh diakses menerusi laman web rasmi Honda dan aplikasi HondaTouch.

Platform tersebut membolehkan tempahan pada bila masa dan di mana saja dengan yuran minimum RM992.

Aplikasi HondaTouch juga memberi kelebihan menetapkan janji temu perkhidmatan selepas jualan lebih cepat sebelum berkunjung ke pusat pengedar selain menjimatkan masa.

Dari segi prestasi jualan, Honda City menyumbang 35 peratus jualan keseluruhan bulan Ogos diikuti Civic (72 peratus), Accord (36 peratus), HR-V (71 peratus) dan CR-V (24 peratus).

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here