Menteri Pengangkutan Datuk Dr Wee Ka Siong mengumumkan tempoh pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.
Ini bermakna kenyataan penguatkuasaan bermula 1 Oktober terbatal. Dengan lanjutan itu, orang ramai tidak perlu gusar sekiranya lesen sudah tamat tempoh kerana tidak akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta polis.
“Pemandu kenderaan dengan cukai jalan yang sudah habis tempoh mesti memastikan bahawa insurans kenderaan mereka sah untuk diperiksa oleh pihak berkuasa.
“Pengguna yang ingin berurusan dengan JPJ tidak lagi perlu membuat janji temu dan mereka boleh ‘walk in’ bermula 6 September,” katanya.
Namun pelanggan yang ingin berurusan di kaunter JPJ, diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19. Pelanggan juga perlu tunjuk status kesihatan Covid-19 dan mendapat vaksin lengkap sebagai langkah berjaga-jaga termasuk kakitangan bertugas.
Susulan kelonggaran yang diberikan dianggarkan jumlah kehadiran pelanggan dijangka meningkat dan amat digalakkan berurusan dalam talian bagi mengurangkan kesesakan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar