Setiap orang memiliki impian membeli kenderaan mewah namun situasi itu bergantung kepada poket dan wang di bank.
Kalau tidak mampu memiliki sekadar dapat memandu sebentarpun sudah cukup bagi segelintir pengguna. Bagaimanapun tidak semua pusat jualan ingin melayani anda bahkan kenderaan mewah misalnya kereta sport selalunya tidak dibenarkan untuk pandu uji.
Jika diberikanpun hanya mengelilingi parkir pusat jualan. Ini yang terjadi bagi mereka yang ingin membeli kereta sport Chevrolet Corvette C8.
Seorang pelanggan lelaki ingin membeli kereta sport enjin pertengahan berkenaan dan jurujual memberi peluang untuk memandu uji model tersebut sekitar parkir pusat jualan.
Difahamkan kejadian yang berlaku di Virginia, Amerika Syarikat itu menunjukkan pelanggan berkenaan nekad untuk membawa lari Corvette C8 tersebut di depan jurujual.
Video berdurasi 35 saat itu menunjukkan penjual terpinga dan bingung selepas melihat pelanggan tersebut memandu keluar Corvette C8 ke jalan besar.
Bahkan kakitangan yang berada dalam ruangan bilik pameran juga terkejut dengan tindakan lelaki itu dan meminta rakan sekerjanya menghubungi polis.
Lelaki tersebut sepertinya sudah nekad untuk membawa lari kereta itu di depan jurujual berkenaan yang berlaku di Virginia, Amerika Syarikat.
Mujur pihak wakil jualan berjaya mendapatkan kereta tersebut setelah pelaku memandu tidak jauh dari lokasi tersebut.
Difahamkan pelanggan berkenaan ingin memiliki Corvette C8 dengan segera memandangkan tempoh menunggu yang panjang.
Ini kerana pengeluaran unit berkenaan sangat terhad dan lelaki tersebut nampaknya sudah hilang sabar menunggu. Bagaimanapun kebanyakan netizen mempersoalkan tindakan jurujual yang membiarkan enjin kereta hidup tanpa duduk di sebelah pemandu.
Malah ada yang menyatakan di California, pihak wakil jualan tidak membenarkan pandu uji C8 melainkan pelanggan sudah membeli model tersebut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar