Seperti yang kami ramal pada hantaran Facebook sebelum ini, Boon siew Honda rasmi melancarkan sportbike CBR150R (2021).
Didatangkan dengan pilihan warna merah dan hitam, sportbike berkenaan dijual pada harga RM12,499.
Jentera berkenaan dilengkapi dengan enjin 149.1cc DOHC penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 16.8hp @ 9,000rpm dan tork 14.4Nm @ 7,000rpm. Transmisi 6-kelajuan dipadankan dengan klac Assist & Slipper.
Keselesaan tunggangan dibantu oleh suspensi fork terbalik (USD) Showa di depan dan monoshock Prolink dengan swingarm di belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.
Paparan meter digital memaparkan maklumat seperti takometer, indikator gear, baki minyak, kelajuan, jarak tunggangan dan lain-lain.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar