Lamborghini sodok kereta hingga terbalik, pemilik dedah kereta dipandu pekerja bengkel bukan kereta sewa

7478

Semalam tular sebuah Lamborghini Superleggera dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan yang menyebabkan kesesakan teruk di jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang, Kuala Lumpur.

Dikatakan pemandu seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun memandu pada kelajuan 200kmj lalu hilang kawalan susulan kegagalan brek berfungsi dengan baik.



Kejadian ‘brek tidak makan’ itu menyebabkan supercar berkenaan melanggar sebuah Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun hingga terbalik dan beberapa kenderaan lain termasuk Mazda2, Nissan Serena dan Ford Ranger 2.0.

Menerusi klip video 40 saat itu mendedahkan salah seorang dari mereka menyatakan Lamborghini itu merupakan kereta sewa.

Bagaimanapun, menerusi perbualan Whatsapp yang tular dipercayai pemilik Lamborghini menyatakan kedua-dua pemuda tersebut merupakan pekerja bengkel yang menggunakan keretanya untuk pandu uji.

Lebih mengecewakan pemilik Lamborghini tersebut apabila pekerja bengkel itu mendakwa supercar itu adalah kereta sewa semata-mata untuk melepaskan diri. 

Dilaporkan semua pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kes akan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here