Polis Kemboja berkas suspek curi Porsche Panamera, netizen ketawa bila tengok kereta sebenar

6128

Tindakan pantas pihak polis Kemboja mengesan suspek yang mencuri sebuah kereta sport tular di media sosial dan menjadi bahan lawak dan gurauan netizen.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan menerusi akaun Facebook @Policekrakor  itu mendedahkan anggotanya berjaya menahan suspek kes curi kereta Porsche Panamera (2012) berwarna putih yang menggunakan nombor plat Phnom Penh.



Pemilik kereta Hiek Vilay, 32, dari perkampungan Svay Koy, daerah Baribour wilayah Chhnang membuat laporan polis mengenai kehilangan kereta tersebut.

Bertindak atas laporan, anggota polis berjaya mengesan dan menangkap suspek bersama kereta di Jalan Kebangsaan 5, depan Hospital Rujukan Daerah Kraktor di wilayah Kampong Chhnang.

Suspek bernama Khim Seiha, 23 dari wilayah Prey Veng ditahan untuk disoal siasat. Bagaimanapun kisah itu menjadi bahan lawak dalam kalangan netizen setelah melihat kereta berkenaan bukanlah Porsche Panamera asli. 

Mungkin penguat kuasa keliru selepas melihat logo Porsche dan lencana Panamera di belakang dan menganggap kenderaan itu merupakan kereta sport mewah. 

Pada ruangan komen netizen mula melawak apabila mengatakan model itu sebenarnya  sebuah Toyota MR2 dan seharusnya pemilik juga perlu ditahan kerana mengelirukan pengguna. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here