Apple nekad keluarkan EV sendiri waima tiada rakan kerjasama automotif

1397

Apple bakal mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) sendiri bagaimanapun misi itu sukar direalisasikan apabila jenama berkenaan masih mencari rakan niaga untuk menghasilkan produk automotif pertama mereka. 

Terkini dikatakan syarikat gergasi elektronik itu ingin membangunkan Projek Titan secara independen meskipun terdapat banyak laporan tentang perbincangan Apple dengan syarikat automotif lain.



Apple kembali semula ke titik permulaan setelah gagal mencapai persefahaman bersama Hyundai, Nissan dan Magna. Lebih sukar apabila tidak ada satu pun syarikat automotif  berminat untuk menjalin kerjasama.

Namun, terbaru wakil dari Apple dilaporkan ada bertemu dengan pegawai Toyota mengenai potensi menjalin kerjasama bagi pembangunan kenderaan autonomi mereka.

Sejak diumumkan pada 2014, sudah hampir enam tahun projek tersebut tergendala. Selain itu, syarikat dalam proses pemulihan pusat pembangunan kenderaan di samping berusaha mengikat kontrak dengan pembekal alat ganti. 

Baru-baru ini Apple melantik Kevin Lynch, iaitu selaku orang baru yang akan bertanggungjawab untuk projek kereta autonomi syarikat mereka bagi menggantikan Doug Field yang meninggalkan syarikat itu setelah bergabung dengan Ford. 

BACA>>Apple lantik bekas eksekutif BMW untuk fokus penghasilan EV

BACA>>Presiden Toyota beri amaran kepada Apple bahawa perniagaan kereta bukan suatu perkara mudah

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here