Laku keras, 300 Acura NSX Type S (2022) habis dijual dalam 24 jam

1628

Honda NSX Type S hanya dikeluarkan sebanyak 350 unit seluruh dunia, bagaimanapun 300 unit sudah habis dijual di Amerika Syarikat dalam tempoh 24 jam.

Bahkan ada lebih daripada 100 orang yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan kereta sport berkenaan. 



Ini kerana NSX Type S merupakan model terakhir sebelum pengeluaran model tersebut dihentikan. Pelanggan yang sudah membuat tempahan awal akan menerima kereta pada Disember tahun depan.

NSX Type S dijual pada harga permulaan AS169,500 (RM717,917) manakala pakej Lightweight berharga AS182,500 (RM772,978).

Bulan lalu, satu unit NSX Type S dilelong pada harga AS1.1 juta (RM4.6 juta) di acara Monterey Car Week, Amerika Syarikat (AS).

Hendrick merupakan pemilik Hendrick Motorsports dan Hendrick Automotive Group dan pernah menjadi pembeli pertama model lain seperti Corvette Stingray (2020), Ford GT Heritage Edition (2019), Acura NSX (2017) dan Chevrolet Camaro ZL1 1LE (2018). 

Kereta sport hibrid tersebut tampil dengan ciri aerodinamik yang dipertingkatkan bagi menambahbaik prestasi kelajuan jentera.

Ia menggunakan enjin V6 3.5 liter turbo berkembar dengan tiga unit motor elektrik yang menghasilkan kuasa 600hp dan  tork 667Nm.

BACA>>Pemilik pertama lelong Acura NSX Type S (2022) pada harga RM4.6 juta

BACA>>Sayonara NSX, Honda bakal lancar model akhir Type S 12 Ogos ini

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here