Suzuki Malaysia bakal lancar motor sesaran kecil awal suku 2022 termasuk Belang

3974

Suzuki Malaysia menganjurkan video siaran langsung pengenalan model-model baharu menerusi akaun Facebook mereka.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian pada acara berkenaan adalah teaser model sesaran kecil yang bakal memasuki pasaran tempatan.



Petunjuk berkenaan sedikit sebanyak meredakan kemarahan netizen yang mengharapkan motor versi kecil daripada Suzuki Malaysia setelah lama vakum di pasaran tempatan.

Menerusi video penstriman langsung itu,  Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Ahmad Faez Yahaya menunjukkan tiga model sesaran kecil yang bakal memasuki pasaran iaitu Belang 150, Suzuki GSX-S150 dan Suzuki GSX-R150.

“Kita cuba sedaya upaya dan terbaik memperkenalkan seberapa banyak motosikal Suzuki yang boleh ke Malaysia namun Covid beri impak besar bukan saja pada kami bahkan industri pemotoran global. 

“Kesemua perancangan kita telah tertunda dan terpaksa tangguhkan banyak perancangan, jadi kena bersabar sikit dan ini termasuklah shortage supply chain terutamanya chip,” jelasnya.

Menerusi video itu anda boleh melihat model Suzuki Belang berwarna hitam dengan rim aloi merah disusuli dengan GSX-S150 berwarna biru dan GSX-R150 seragam kuning,  dengan rim hitam. 

Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia, Datuk Jeffrey Lim berkata pihaknya cuba melancarkan model sesaran kecil berkenaan secepat mungkin sama ada hujung tahun ini atau suku pertama tahun depan.

Jelasnya sekiranya tidak pandemik, Suzuki Malaysia sudah memperkenalkan motosikal sesaran kecil misalnya kapcai dan skuter sejak tahun lalu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here