Kadangkala, terdapat segelintir golongan peminat fanatik kereta yang bukan sekadar obses dengan kereta, malahan dengan budaya-budaya pop untuk diserapkan kepada kereta. Ia memberikan gambaran tentang jiwa mereka.
Seperti Andrew Baron dari Charlotte yang obses dengan Mini Cooper Coupe S tahun 2013 miliknya juga meminati Star Wars. Baron ternyata menujukkan minatnya dengan membuat pengubahsuaian terhadap Mini Coopernya dengan bertemakan Darth Vader.
Ceritanya bermula ketika beliau menetap di Manhattan dan sedang mencari kenderaan untuk dibeli. Ketika itu, Baron terpandang sebuah kereta iaitu Mini Coupe (casis R58). Kenderaan tersebut kelihatan seperti helmet Darth Vader, malah rupa bantuknya kelihatan sangat terperinci.
Kenderaan itu masih memiliki identiti Mini Cooper tapi keunikan rekaan Mini Cooper sudah tidak kelihatan lagi. Sebaliknya, kenderaan yang hanya mampu memuatkan dua penumpang ini mempunyai spoiler unik di bahagian bonet yang masih kelihatan memiliki bentuk hatchback yang tradisional.
Perubahan yang dilakukan oleh Andrew terlalu banyak dan sukar disenaraikan. Perincian maklumat dan gambar-gambarnya boleh didapati di forum North American Motoring. Antara perubahan ketara yang dilakukan olehnya adalah cermin gelap, menggunakan gentian karbon di luar dan dalam, garisan bewarna matte hitam, lampu dihitamkan di sekelilingnya, bahagian bawah merah dan kit badan lebih lebar.
Rekaan dalamannya dilakukan dengan kerjasama John Cooper Works (JCW) dengan menambah tempat duduk Recaro. Baron menggantikan turbo asal dengan Garrett GT28RS 53mm. Selain itu, turut dimasukkan brek Brembo JCW, talaan Manic Stage 3 dan banyak lagi.
Berdasarkan percubaannya menguji enjin turbo N181, 1.6-liter empat-silinder pada Lord VDR hasilnya terdapat peningkatan sehingga 240hp. Bagaikan belum cukup lengkap baginya, Baron menyatakan hasrat beliau untuk menjadikan kenderaan ini pacuan semua roda (AWD) berinspirasikan Mini Countryman ALL4.
Perubahan yang paling memberangsangkan ialah yang kelihatan seperti lukisan conteng oleh kanak-kanak dengan pen Sharpie perak. Hakikatnya, ia adalah tandatangan George Lucas, penerbit Star Wars yang menjadi bukti penemuan Andrew dengannya.
“Suatu hari, saya ternampak sebuah kenderaan Lexus yang kelihatan sangat mewah berhenti di hadapan bangunan tersebut. Perasaan saya mengatakan, pasti seseorang yang terkenal yang berada didalam kenderaan tersebut dan apabila saya melihat seorang individu yang memiliki rambut bewarna putih keluar, saya berasa sangat terkejut dan teruja. Tanpa saya sangka, saya dapat menemui seseorang yang sememangnya saya minati”, kata Andrew.
Andrew kemudiannya membawa kenderaannya ke hadapan bangunan dan menunggu selama 45 minit untuk menemui George Lucas. “Sebaik sahaja beliau keluar dari bangunan, saya menghalang kenderaannya dan memanggil ‘En Lucas’”.
Bagaimanapun, Lucas kelihatan keliru dengan apa yang sedang berlaku sehingga Andrew menerangkan bahawa beliau menginginkannya untuk menandatangani Mini Cooper yang bertemakan Vader miliknya itu. “Beliau kelihatan ragu-ragu untuk menandatangani,” kata Andrew.
“Beliau telah melihat saya dan kereta saya bersilih ganti sebelum bersetuju untuk menurunkan tandatangan tetapi hanya didalam kenderaan”. Begitulah kisah bagaimana Andrew mendapatkan tandatangan idolanya. Beliau kini dalam proses untuk mendapatkan pengesahan daripada James Spence Aunthentication.
Ikuti Andrew Baron dan Mini Cooper Coupe R58-nya di @lordvdr di Instagram.