Sekarang sedang trend rumah bersaiz kecil ataupun gaya hidup kamper. Apa akan jadi sekiranya anda menggabungkan kedua-duanya.
Keperluan tersebut akan anda dapatkan pada model Honda N-Van Compo. Pengeluar kenderaan Jepun itu baru saja mengeluarkan imej N-Van Compo yang dibangunkan daripada barisan MPV kecil N-Van.
Jadi berapa kecilkah kamper berkenaan?, daripada segi dimensi sebenarnya tidak berubah yang mana MPV kompak itu memiliki panjang 133.7 inci iaitu 20.4 inci lebih pendek berbanding Mazda MX-5 Miata.
Honda mengemas kini ketinggian bumbung bagi meletakkan sebuah khemah untuk ruang tambahan penumpang berehat yang boleh diakses menerusi tangga pintu belakang.
N-Van Compo menawarkan tiga bentangan kabin berbeza. Pertama bahagian dapur diletakkan di hujung kabin, kedua menggerakkan area dapur ke kanan belakang untuk mewujudkan lebih banyak ruang simpanan dan rak yang merangkumi lebar hujung belakang kabin.
Ketiga susun atur kabin menggabungkan kawasan dapur di bahagian belakang kanan tetapi memberi ruang lapang di belakang sehingga mempertahankan fungsi penuh pintu but.
Bahagian dapur tersebut lengkap dengan pili, sinki, kabinet, meja makan dan ketuhar gelombang mikro. Ketiga-tiga susun atur itu merangkumi kusyen yang menjadikan kabin sebagai ruang tidur.
Melengkapkan ciri kamper, Honda menyediakan awning pada sebelah kiri yang boleh ditarik untuk dijadikan khemah kecil dan turut tersedia pintu kelambu.
Selain itu, N-Van Compo itu dilengkapi dengan tangki air bersih di belakang untuk kegunaan memasak dan mencuci. N-Van berkenaan didatangkan dengan ciri keselamatan Honda Sensing sebagai standard dan dipacu oleh enjin 660cc.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar