Cadangan menarik balik atau mengehadkan lesen memandu warga emas undang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna.
Ada yang menyambut baik cadangan tersebut dengan tujuan menjaga keselamatan golongan berkenaan dan pengguna jalan raya lain terutamanya yang mengalami masalah kesihatan.
Sebaliknya ada juga yang menganggap pemandu berusia lebih cermat dalam pemanduan berbanding pemandu muda dan cadangan tersebut haruslah menjadi pilihan terakhir setelah mereka terbukti tiada keupayaan atau kemampuan untuk memandu.
Namun, syarat khas itu wajar dikaji dengan hanya membabitkan warga emas yang kerap memandu jarak jauh dan akan menyulitkan jika syarat itu turut dikenakan untuk kegunaan jarak dekat seperti ke pasar dan kawasan sekitar tempat tinggal.
Tidak semua warga emas mengalami masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan memandu, malah ada yang masih bergelar tenaga pengajar di sekolah memandu.
Bagaimanapun, menilai kecekapan memandu berdasarkan faktor umur atau kes terpencil hanya akan menimbulkan diskriminasi terhadap golongan tersebut.
Sepertimana yang diperuntukkan oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), bahawa LLM akan diberikan kepada mana-mana individu yang menunjukkan kecekapan dan kemampuan untuk mengendalikan kenderaan di jalan raya dengan selamat.
“Sebarang perubahan dasar berkaitan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) harus dilakukan menerusi pendekatan sistematik dan menyeluruh berdasarkan bukti kukuh,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
BACA>>Ini juruterbang wanita tertua di dunia yang berumur 99 tahun!
BACA>>1000 kali kelas dan belanja RM58k, wanita ini masih gagal ujian memandu
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar