Pasang khemah bumbung pada Honda Civic EG, idea menarik buat kaki outdoor

3392

Buat masa ini sudah menjadi trend dalam kalangan gaya hidup anak muda untuk meluangkan masa hujung minggu dengan aktiviti luar seperti berkhemah atau berpiknik.

Sebenarnya kita tidak memerlukan kenderaan SUV atau trak pikap untuk melakukan aktiviti outdoor berkenaan.



Sekarang sudah ada pelbagai jenis produk khemah disediakan di pasaran termasuklah khemah khas yang boleh dipasang  pada bumbung kenderaan. 

Tidak kiralah model sedan, hatchback ataupun kereta sport, anda hanya perlu memasang alatan khas seperti rel bumbung tambahan untuk meletakkan dengan sempurna khemah tersebut.

Seperti yang dilakukan Honda Civic EG tiga pintu ini yang dikongsi akaun Facebook Toy Racing JDM. Pemilik kereta berkenaan merupakan pemuda berasal dari Thailand yang bernama Natthasak Dontripong.

Dikatakan bajet untuk pemasangan tersebut sekitar baht 20,000 (RM2,484). Kapsyen status juga menjelaskan untuk mengetahui lebih lanjut proses pemasangan bolehlah berhubung dengan pemilik kenderaan berkenaan. 

Hasil tinjauan kami pemasangan khemah bumbung kereta itu merupakan trend di negara luar cuma dalam kalangan pengguna tempatan masih belum meluas. Sebenarnya khemah berkenaan masih sama seperti khemah biasa daripada segi bentuk dan fungsi.

Ada dua jenis di pasaran iaitu material keras mahupun lembut. Cuma pengguna perlu melabur wang agak mahal kerana melibatkan pemasangan rak khas di atas bumbung dan ia boleh memberi kesan kepada haus dan lusuh (wear and tear) komponen.

Khemah di atas bumbung menawarkan sedikit kelebihan berbanding khemah biasa jika anda ingin meningkatkan pengalaman perkhemahan. 

Untuk makluman anda antara pengeluar yang menawarkan khemah bumbung pada produk mereka antaranya Mini menerusi khemah khas Autohome AirTop pada model Countryman dan Cooper SE EV. 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here