Mutuelle des Motards, syarikat insurans motosikal Perancis mendedahkan skuter merupakan model yang sering dicuri di negara berkenaan.
Menerusi survei yang dijalankan kebanyakan respondan menjawab model ‘panas’ yang sering menjadi sasaran adalah Honda X-ADV, PCX dan Yamaha TMax di tangga pertama.
Sementara, 47 peratus menjelaskan motosikal sport paling mudah dicuri bagaimanapun hasil tinjauan adalah sebaliknya yang mana skuter lebih banyak menjadi sasaran pencuri.
Bahkan tiadapun rekod motor sport fairing tersenarai dalam 10 tangga teratas kes kecurian di Mutuelle des Motards. Hanya model Triumph Street Triple 675 dan 765 berada di nombor kesembilan.
Mutuelle des Motards juga menyatakan kebanyakan pemilik menghabiskan kurang daripada euro 100 (RM486) untuk alat keselamatan dan hanya membeli motor baharu setiap 10 tahun sekali. Sedangkan sepertiga penunggang tidak mengetahui adanya peranti GPS.
“Kurang dari 30 peratus motor ditemui semula dan adanya GPS membolehkan pengguna menemukan semula kenderaan mereka,” kata Yannick Bournazel dari Jabatan Penelitian Mutuelle des Motards.