Hobi mengumpul barangan edisi terhad khususnya aksesori motor ‘rare’ tidak semua faham malah ada yang sinis kerana harganya ratusan dan ribuan ringgit. Hanya jauhari mengenal manikam.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila sebuah motosikal Yamaha terjual pada harga puluhan ribu dan terkini timbul pula topi keledar yang ingin dijual pada harga tidak masuk akal.
Menerusi video berdurasi 3 minit itu, satu topi keledar jenama MS88 yang ditinggalkan di tepi jalan juga mempunyai harga yang tinggi dan ada yang mengatakan helmet itu digunakan ‘mat rempit’.
Video tersebut dikongsi oleh Facebook Kedai Penjual Helmet, mengiklankan topi keledar jenama MS88 untuk dijual pada harga RM60,000.
Namun video tersebut dipercayai dihasilkan bagi mengajuk harga motosikal keluaran Yahama tersebut apabila dijual pada harga tinggi.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang menyifatkan video tersebut lawak dan ada juga yang mengecam tindakan tersebut, bagaimanapun video tersebut telah dipadam beberapa hari kemudian.
“Lawak la brader ni, helmet terbakar macam ni pun boleh cecah RM60,000. Tapi apa nak kata kan dah barang ‘rare’, susah dah nak cari ni.
“Minat masing-masing, orang tak kenal barang ada nilai ke tidak, asyik nak mengutuk je orang kita.
BACA>> Yamaha RX-Z Energy biru bohjan RM60k terjual kurang 24 jam, terima kasih pada kaki kecam!
BACA>>Sebiji helmet yang berharga sebuah RXZ Catalyzer original!
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar