Hasil tabungan duit syiling tiga tahun, pasangan ini beli Toyota Rush

1931

“Wang ini saya menabung selama tiga tahun, tidak sangka bisa sebanyak ini,” kata Asriadi Syamsuddin ketika membayar wang di pusat jualan Toyota Hos Cokroaminoto, Makassar, Indonesia.

Dia bersama pasangannya Ratna membeli sebuah Toyota Rush hasil simpanan baki duit syiling membeli barangan keperluan dapur dan jualan kedai runcitnya. 



Peniaga kedai runcit di Kota Makassar, Sulawesi Selatan itu tidak menyangka duit syiling yang dikumpulkan selama tiga tahun boleh mencapai beberapa botol galon air dan setelah dikira mencapai ratusan juta rupiah.

Duit syiling yang merangkumi rupiah 500, 1000 dan 2000 itu mula dikumpulkan pada 2018 selepas berselerakkan lalu dikumpulkan dalam satu tempat.

Kata Asriadi, dia  tidak sangka wang syiling yang dikumpul itu menjadi banyak dan mencuba nasib bertanyakan ke pusat jualan sama ada mereka boleh menerima duit syiling. 

Jadi esoknya mereka membawa sembilan botol galon air yang menyimpan duit syiling berkenaan melebihi rupiah 160 juta (RM46,792).

“Tujuan kumpul duit ini hanya untuk disimpan dan kami memang berniat membeli mobil sebenarnya kerana belanja susah pakai motor. Jadi saya berniat akhirnya tuhan kabulkan hari ini selepas tiga tahun menyimpan.

Sementara itu, Ketua Cawangan Toyota Cokroaminoto, Ariefyanto Arsjad memberitahu, itu merupakan kali pertama dia menerima pelanggan yang membawa duit syiling untuk membeli kenderaan. 

“Mereka ingin membeli Toyota Rush bernilai rupiah 271 juta rupiah (RM79,269).

“Para pekerja telah mengira duit syiling yang diisi dalam sembilan botol air dan wang kertas secara beramai-ramai,” katanya.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here