Suzuki Jimny kini di pusat jualan, harga RM168k

1655

Model ikonik yang sekian lama dinantikan dari Suzuki iaitu Jimny akhirnya rasmi berlabuh di pasaran tempatan.

Dibawakan oleh Naza Eastern, SUV generasi keempat itu dijual pada harga RM168,900 dengan pilihan warna kuning, hitam, hijau dan kelabu.  

Berikut informasi ringkas tentang Suzuki Jimny (2021) di pasaran tempatan:



1.Model import (CBU) dari Jepun ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter petrol yang kemudian dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik. 

2. Kuasa disalurkan sama ada ke roda belakang (RWD) atau semua roda (4WD) menerusi sistem ALLGRIP PRO.

3. Pemandu ada pilihan 4WD dengan ciri Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Kawalan Pegun Bukit (HHC).

4. Keseronokkan pemanduan off road diserahkan kepada frem ladder, suspensi gandar 3-link dengan koil spring, jarak kelegaan tanah 210mm dan berat badan yang ringan 1,095kg menawarkan kecekapan bahan api.

5. Masuk ke kabin, Jimny masih mengekalkan konfigurasi empat tempat duduk dengan kerusi depan lebih lebar untuk sokongan badan lebih baik dan ruangan kaki serta kepala dipertingkatkan.

6. Kerusi penumpang belakang boleh dilipat rata menawarkan ruangan but tambahan seluas 830 liter.

7. Sementara bentangan papan pemuka agak retro dengan kawalan pendingin hawa digital dan stereng multi-fungsi kemasan kulit dan sistem hiburan skrin sentuh dengan sokongan sambungan Apple CarPlay dan bluetooth.

8. Ciri keselamatan Suzuki Jimny juga dipertingkatkan berasaskan konsep Suzuki Total  Effective Control Technology (TECT) bersama Program Stabiliti Elektronik (ESP)dan tidak ketinggalan cangak Isofix. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here