Sempoi pakai selipar, suami pemalu hadiah Mazda 3 buat isteri sempena ulang tahun

2181
Siapa yang tidak gembira apabila suami menghadiahi isteri sebuah kereta sempena  ulangtahun perkahwinan. 
 
 
Menerusi video akaun Tiktok @tiara_mariana, dia berkongsi kisah seorang pelanggan yang pemalu namun ingin memberi kejutan kepada isterinya semua Mazda3.  
 
Penampilan yang dilihat bersederhana hanya memakai selipar menarik perhatian netizen ketika mereka keluar ingin menunjukkan hadiah tersebut kepada isteri di pusat pameran Mazda di Johor. 
 
Wanita tersebut sendiri tidak menyangka suaminya akan menghadiahkan sebuah kereta Mazda 3 2.0 Liftback High Plus berkenaan yang berharga sekitar RM154,000.
 
“Takkanla kereta ni, nak hantar anak pergi sekolahje,” katanya.
 
Dalam video tersebut, si isteri sempat berseloroh dengan memaklumkan bernasib baik memakai pakaian yang kemas kerana ikutkan mahu memakai kain batik sahaja ketika keluar dari rumah.
 
Rata rata netizen meninggalkan pelbagai komen dan berasa kagum dengan pasangan tersebut yang berpendapat orang benar-benar kaya tidak perlu berpenampilan keterlaluan untuk terlihat ‘berduit’ 
 
 
 
 
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here