Satu video tular di laman Twitter menunjukkan seorang wanita sedang melakukan aksi ‘twerk’ di lampu isyarat merah.
Bagaimanapun, sebaik lampu bertukar hijau kenderaan lain mula membunyikan hon agar kereta berkenaan bergerak. Tetapi, bukan aksi tarian yang menarik perhatian netizen melainkan apa yang terjadi selepas itu.
Tried to twerk and got her foot ran’d over LMAO pic.twitter.com/50TblC12I3
— 😶🌫️ (@TeezySooSkep) October 1, 2021
Oleh kerana wanita tersebut lambat masuk ke dalam kenderaan, pemandu kereta Mercedes-Benz itu mula bergerak menyebabkan tayar belakang melanggar jari kaki wanita tersebut.
Ketika cuba menahan kereta tersebut, wanita itu secara tidak sengaja menekan bahagian penutup minyak sehingga menyebabkan ia terbuka.
Oleh kerana kesakitan dan pada masa sama menahan malu, dia menjerit memarahi pemandu dan tanpa sedar menampar dengan kuat penutup minyak berkenaan sehingga tercabut dan terpelanting ke jalan.
Aksi itu membuatkan netizen terkejut yang mana dengan sekali pukulan penutup minyak Mercedes-Benz tersebut boleh tertanggal.
Kejadian yang berlaku membuatkan si perakam ketawa berdekah dan video itu mendapat sehingga 1.3 juta tontonan sejak dimuatnaik 2 Oktober lalu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar