Lompat keluar dari Myvi kena gangguan bukan gaduh

2015

Sebelum ini tular satu video menunjukkan seorang wanita melompat keluar dari sebuah Perodua Myvi dan ramai membuat spekulasi berlakunya pertengkaran dengan teman lelaki ketika itu.

Bagaimanapun kejadian sebenar wanita tersebut terkena gangguan. Video penjelasan yang dimuat naik di saluran Youtube Amirul Syakir itu menjelaskan mereka bukanlah pasangan kekasih seperti sangkaan ramai melainkan hanyalah rakan sekerja.



Ketika kejadian, gadis tersebut terkena gangguan mengejut, menjerit sehingga suaranya berubah dan pemandu tersebut memperlahankan kelajuan serta menyalakan lampu isyarat kecemasan untuk selamatkan keadaan.

Namun, gadis tersebut tiba-tiba terjun dari kereta yang sedang bergerak bahkan nyaris dilanggar kereta lain. Dia juga panik dan tidak sempat untuk menarik rakannya kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

“Semasa saya tengah bawa kereta dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan.

“Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai ‘seat belt’, tiba-tiba dia hilang,” kata pemandu Myvi.

Dia menyedari rakannya sudah berada di seberang jalan, dan terus membuat pusingan U untuk mencarinya. Susulan penjelasan tersebut, orang ramai mendoakan kesihatan wanita itu kembali seperti sediakala.

“Semoga kalian dipermudahkan segala urusan, buat wanita itu saya doakan semoga awak sihat dan dijauhi segala penyakit atau buatan orang.

VIDEO

BACA>>Bergaduh dengan teman lelaki, wanita ini lompat keluar dari Myvi

BACA>>Simpang berhantu rider ini rempuh belakang Myvi waktu jalan lengang

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here