Nissan 300ZX ini lebih pantas dari Bugatti Veyron

3290

Bugatti sememangnya terkenal dengan kenderaan mereka yang pasti mencipta rekod setiap kali dikeluarkan. Mungkin rekabentuknya tidak begitu diminati ramai, tetapi siapa yang tidak sukakan kereta laju? 0-100 km/j dalam 3 saat je!

Kini, impian ramai untuk miliki kereta yang boleh memecut laju boleh dicapai walaupun bukan jenama Bugatti.



Nissan telah melelong model 300ZX tahun 1991 di Tokyo Auto Show baru-baru ini. Model ini mempunyai beberapa penambahbaikan bakal menarik perhatian anda.

Kedai Jun Auto dari Jepun telah menukarkan enjin 3.0-liter dengan 3.1-liter V6 turbo-berkembar, ditambah dengan pengubah-suaian pada badannya. Dengan turbo seperti yang terdapat pada Porsche Group C pada kedua-dua barisan silinder, kuasa 300ZX itu kini pada 1,000hp. Transmisinya masih manual 5-kelajuan.

Model 300ZX ini telah diuji kelajuaannya di Bonneville Speed Trial dan mencapai tahap kelajuan sehingga 421 km/j yang mana melebihi kelajuan maksima Bugatti Veyron. Model ini kemudiannya diubahsuai untuk membolehkannya dipandu atas jalan raya setelah dibawa pulang ke Jepun.

Namun, menurut BH Auction, enjinnya masih dikekalkan walaupun telah diubahsuai untuk pemanduan atas jalan raya. Model ini dikatakan akan dilelong antara harga $71,000 hingga $98,000 atau mungkin lebih lagi.

Tentunya Bugatti Veyron dan Chiron boleh memecut ke kelajuan lebih tinggi jika dipadam pengehad kelajuannya (speed limiter). Namun hypercar sebegini berharga kira-kira $1.7 juta hingga $3 juta. Jadi, Nissan 300ZX ini mampu mencapai kelajuan maksima hampir sama dengan harga 10 peratus sahaja dari Bugatti!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here