Utama Berita Automotif Berita Tempatan Rentas Negeri: LLM arah pengendali lebuhraya sedia kakitangan di R&R periksa SOP

Rentas Negeri: LLM arah pengendali lebuhraya sedia kakitangan di R&R periksa SOP

1554
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengarahkan pengendali lebuhraya negara meletakkan kakitangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) seluruh negara bagi melakukan pemeriksaan.
 

Menurut Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Trafik, LLM, Ts. Syed Mohd Faizal Said Ahmad, langkah itu bagi memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“LLM mengarahkan kepada pengendali-pengendali lebuhraya supaya menyediakan pegawai atau kakitangan di setiap surau, tandas dan restoran R&R untuk membuat pemeriksaaan terhadap orang ramai.
 
“Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal seperti yang diarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
 
Selain itu, pihak LLM menjangkakan trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) meningkat kepada 1.3 juta kenderaan sehari, Lebuhraya KL-KARAK 160,000 kenderaan dan Lebuhraya Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) 45,000 kenderaan.
 
Pihak LLM menjangkakan aliran trafik bakal meningkat sehingga 4 juta kenderaan sehari pada hujung minggu ini.
 
“Ini susulan orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada 19 Oktober ini,” jelasnya.
 
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk rakyat Malaysia lengkap vaksinasi melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini. 
 

BACA>>Tiada SJR periksa status vaksinasi rakyat apabila rentas negeri dibenarkan

BACA>>160,000 kenderaan sehari dijangka ke Pantai Timur apabila sempadan negeri dibuka



Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here