Rentas Negeri: Jangan guna kad vaksin palsu

1438

Polis mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada.



Sekiranya ditahan, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kita mempunyai empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua vaksin.

“Selain itu, kita akan tambah pasukan pemantau di peringkat balai dan kita ada sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau,” katanya.

Tambahnya, walaupun SJR dan penugasan Covid tamat namun tugas polis tidak terhenti dan akan terus memantau termasuklah melakukan pemeriksaan mengejut (snap check). 

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here