Toyota Mirai sekali lagi pecah rekod baharu, capai jarak 1,360 km dengan satu tangki hidrogen

1304

Toyota Mirai, kereta komersial pertama dunia menggunakan sumber kuasa gas hidrogen mencipta rekod dunia Guinness World Record bagi kategori jarak perjalanan paling jauh.

Toyota Mirai berjaya memandu sejauh 1,360km bagi tangki penuh hidrogen dan rekod tersebut diiktiraf oleh Guinness World Records. 



Perjalanan yang bermula pada 23 hingga 24 Ogos itu merekodkan kecekapan penggunaan bahan bakar 152 MPGe (batu per gelen) yang disaksikan oleh Michael Empric yang mana tangki bahan api Toyota Mirai tidak pernah dibuka sepanjang cabaran. 

Jentera tersebut dipandu oleh Wayne Gerdes dan pembantunya Bob Winger, yang bermula dari Toyota Technical Center di Gardena, California dengan perjalanan sejauh 761 pada hari pertama dan 598km pada hari kedua.

Menurut Toyota, perjalanan bersejarah itu adalah hasil teknologi dan kebijaksanaan reka bentuk pasukan untuk memperluaskan konsep sifar emisi.  

BACA>>Toyota Mirai pecah rekod baharu, capai jarak 1,000km dengan satu tangki hidrogen

BACA>>Toyota Mirai generasi kedua, kereta konsep tenaga Hidrogen

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here