Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera: 16 syarat & cara mohon

4046

Hujung tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bahawa kerajaan negeri memberikan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera. Ia disasarkan kepada 25,000 belia berumur antara 16 hingga 40 tahun.

Foto: mysumber

Permohonan melalui dalam talian dan secara manual telah mula dibuka hari ini! Berikut adalah 16 langkah untuk memohon Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera:

  1. Program lesen Motosikal B2.
  2. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.
  3. Permohonan mesti diisi melalui atas talian (online) atau menggunakan borang secara manual.
  4. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.
  5. Bujang atau sudah berkahwin.
  6. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan MPKK atau Penghulu Mukim diperlukan.
  7. Permohonan pertama kali pertama sahaja.
  8. Pendapatan tidak lebih dari RM2,000 sebulan.
  9. Pelajar sekolah, IPT, pusat kemahiran layak memohon dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau MPKK atau Penghulu Mukim.
  10. Latihan/kursus dalam negeri Terengganu sahaja.
  11. Borang permohonan melalui I-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan; a) kad pengenalan, b) slip gaji atau pengesahan tempat pengajian, c) tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yg disahkan oleh MPKK atau Penghulu Mukim, dan d) Pemohon OKU bg LESEN B2 ini perlu lampir bersama salinan Kad OKU.
  12. Bebas daripada saman JPJ atau PDRM. Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.
  13. Pendaftaran dibuka bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2019.
  14. Pelaksanaan program bermula 15 April 2019.
  15. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat lesen SAHAJA tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu (kos pengangkutan, dan lain-lain).
  16. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia dan untuk semakan, boleh layari laman sesawang Permohonan Online Dana Negeri Terengganu selepas 1 April 2019.



Wan Sukairi menambah, “Berdasarkan perancangan peserta LMTS juga akan dilindungi takaful selama setahun selepas berjaya memiliki lesen motosikal masing-masing.”

Pada pembentangan Belanjawan Terengganu 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal untuk golongan belia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here