Sebelum ini kisah Yamaha RX-Z, Honda EX5 dan topi keledar jenama MS88 menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen kerana tanda harga yang tidak ‘masuk akal’.
Baru-baru ini, muncul pula kapcai Yamaha 125Z generasi pertama yang ingin dijual pada harga RM90,000.
Motosikal tersebut dikatakan masih baharu dan NOS (New Old Stock) yang kini sukar didapati di pasaran menjadikan harganya agak ‘keras’. Tambahan dikatakan hampir keseluruhan bahagian komponen kapcai itu menggunakan komponen baharu.
Yamaha 125Z ialah model kapcai 2-lejang bersesaran 125cc yang dikeluarkan Yamaha pada 1998. Reka bentuk dan spesifikasi 125 boleh dikatakan mencapai tahap kesempurnaan sebuah kapcai sehinggai digilai ramai khususnya ‘mat moto’.
Namun, ramai netizen tidak bersetuju dengan harga jualan berkenaan yang dianggap tidak relevan walaupun motosikal bertaraf legenda. Antara respons yang diberikan netizen:
“Betul model ini dah tiada dalam pasaran, tapi harga yang diberi cukup tinggi. Walaupun barangan dia original, tapi tak perlu la ‘offer’ sampai harga macam ni.”
“Biarlah dia nak jual mahal, orang yang tahu saja yang faham kenapa model ini mahal. Kalau tak mampu diam sudah la. Nak bising buat apa.”
BACA>>Yamaha RX-Z Energy biru bohjan RM60k terjual kurang 24 jam, terima kasih pada kaki kecam!
BACA>>Cuba nasib, pemilik nak jual Honda EX-5 pada harga RM15k
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar