Kayuh basikal di lorong kanan, makin dilayan makin menjadi…

4204

Tren berbasikal kini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat rakyat tempatan tidak kira muda mahupun berusia. 

Namun, perlu diingatkan kepada pengguna agar mementingkan tahap keselamatan dan menggunakan laluan yang disediakan agar tidak ‘mengganggu’ mahupun menyusahkan pengguna jalan raya lain. 



Terbaharu, tular klip video yang memaparkan dua penunggang road bike di sekitar ibu negara yang mengayuh basikal mereka di lorong kanan jalan raya utama sehingga kenderaan lain pula perlu mengelak mereka.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kereta yang melalui terpaksa memperlahankan kelajuan dan menghimpit di sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kedua-dua penunggang basikal tersebut. 

Rata-rata netizen mengecam tindakan pengguna basikal berkenaan yang tidak menghormati pengguna lain. Perlu diingatkan mana-mana kesalahan berbasikal, pesalah akan dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Antara komen yang dilontarkan netizen:

“Aku kadang tak faham dengan rider ni, kayuh betul-betulkan tak ada masalah, ini bagi masalah dekat orang lain pula.”

“Tolong la, jangan terus buat budaya macam ni. Nanti dh jadi ikutan lepas ni lagi bahaya dibuatnya nanti.”

VIDEO

BACA>>PKP 2.0: Polis beri amaran, masih ada individu berbasikal secara berkumpulan

BACA>>Isu berbasikal dapat diselesaikan dengan laluan khas di taman rekreasi polis

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here