Selepas anda melihat imej di bawah ini percaya atau tidak sebenarnya gajah boleh terbang. Bukan hanya Dumbo!.
Imej berkenaan dikongsi oleh akaun Facebook Malaysia Military Power (MMP) yang menjelaskan apa yang anda sedang lihat itu adalah helikopter Unit 116 Tentera Udara India yang menyerupai bentuk seperti gajah.
Helikopter tersebut dipamer pada Hari Republik India yang diketuai oleh komander udara, Birji Mohan Datta.
Mengimbas kembali sejarah tentang helikopter gajah itu, India mencapai kesepakatan dengan French Aerospace Corporation untuk mengeluarkan helikopter “Skylark” III dengan reka bentuk gajah sebagai simbol kekuatan India pada era 60-an.
Jika dilihat kepada gambar hitam putih tersebut, sekali imbas lekuk badan model itu mirip seekor gajah lengkap dengan belalai dan empat kaki.
Bentuk asal helikopter “Skylark” III itu dimodifikasi menjadi badan gajah dengan tambahan belalai dan kakinya yang diperbuat daripada berbagai panel kain warna-warni.