Proton lancar Saga CKD di Pakistan

1460

Menerusi satu hantaran ringkas pemilik akaun Facebook, Aris Anuar berkongsi majlis pelancaran Proton Saga versi pemasangan tempatan (CKD) di Pakistan, kelmarin.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Presiden Pakistan, Arif Alvi bersama Ketua Eksekutif Proton Pakistan, Hilal Afridi dan wakil kerajaan Malaysia, Konsul Jeneral, Khairul Nazran. Untuk makluman, Muhammad Aris Anuar menyertai Al-Haj Automotive Pvt. Limited sebagai Ketua Pegawai Pengeluaran Chief Proton Pakistan. 



April lalu, pengedar Proton di Pakistan, Al-Haj Automotive melancarkan model sedan segmen-B berkenaan secara dalam talian.

Pakistan menerima empat pilihan varian pada harga:

  • Proton Saga (manual): Rupee 1,975,000 (RM53,690)
  • Proton Saga (automatik):  Rupee 2,125,000 (RM57,769)
  • Proton Saga ACE: Rupee 2,225,000 (RM60,488)
  • Proton Saga R3 Limited Edition: Rupee 2,175,000 (RM59,129) manual dan PKR2,425,000 (RM65,925) automatik.
 

Proton Saga R3 Limited Edition hanya ditawarkan sebanyak 100 unit dan kapasiti enjin Saga di Pakistan lebih kecil berbanding pasaran tempatan iaitu menggunakan enjin 1,299cc S4PE dengan kuasa 93hp dan tork 120Nm.

Kapasiti enjin yang lebih kecil membolehkan sedan berkenaan dijual pada tanda harga yang lebih rendah. Proton Pakistan menawarkan waranti selama 5-tahun atau 150,000km.
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here