Ayah sanggup jual EX5 demi sambung belajar anak, lima tahun kemudian diganti dengan kapcai SYM

2512

Seorang ayah sanggup melakukan apa sahaja biarpun berpenat lelah serta berhujan panas demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anak.

Sepertimana tular kisah pengorbanan seorang ayah Wan Razali Wan Mohd, 58 yang menjual motosikal Honda EX5 miliknya demi menampung kos pengajian anak sulung ke sebuah kolej.



Bahkan dia bukan hanya menjual motor kapcainya, malah turut menukar Perodua Alza kepada model kompak Axia demi mengurangkan kos perbelanjaan keluarga.

BACA>>Sempoi pakai selipar, suami pemalu hadiah Mazda 3 buat isteri sempena ulang tahun

BACA>>Bapa beri hadiah BMW 330i M Sport sempena ulang tahun ke-2 anak

Selepas lima tahun berlalu anaknya itu, Wan Aisyah, 23 membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal SYM kepada bapanya. 

Aisyah yang baru mendirikan rumahtangga kini menetap di Selangor, memulakan perniagaan jualan produk makanan tambahan selepas berhenti bekerja dalam bahagian perkhidmatan pelanggan di Putrajaya.

“Motor baharu itu sempena hari lahir ayah pada 14 September. Saya nak balas jasa. 

“Pada saya, kalau ada RM50 sekalipun, kita tetap kena kongsi dengan keluarga. Ia bukan soal nilai, tapi keihklasan hati yang memberi. Bila kita bagi, ia makin berkat,” kata Aisyah.

Bapanya bukan sekadar berkorban dari segi kewangan, malah banyak memberi kasih sayang selepas kematian ibunya lima tahun lalu. Pada masa sama, dia berharap video itu dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk menghargai kedua orang tua selagi mereka masih ada.

@wanaisyahs009

Selamat ulangtahun 58 wira dihatiku ❤️ #fyp #strong

♬ original sound – All About Music 🎵 – Aminda Chinika

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here