F1: Petronas bakal tamatkan kerjasama tajaan dengan pasukan F1 Mercedes musim ini

1977

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mercedes dilaporkan akan menamatkan kerjasama pada penghujung musim ini di Kejuaraan Formula Satu (F1) yang terjalin sejak 2010.

Petronas turut menamatkan kerjasama dengan Petronas Sprinta Racing dalam saingan Moto2 dan Moto3 sejak 2018 sebelum kerjasama berkenaan berkembang hingga saingan MotoGP menerusi Petronas Yamaha Sepang Racing Team (PYSRT).



Petronas yang tidak lagi menaja pasukan Mercedes-AMG F1 tersebut bermula tahun depan, dikatakan bakal ditaja syarikat gergasi petroleum Arab Saudi, Aramco dan pengumuman lanjut mengenainya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pasukan Mercedes-AMG juga kini mendahului carta musim ini dengan 433.5 mata. Selain itu, PETRONAS dan Mercedes-AMG telah meraih banyak kejayaan antaranya meraih gelaran berganda ketujuh berturut-turut dalam kategori pengeluar. 

Bagaimanapun, setakat ini Petronas masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi berkaitan laporan status penajaan pasukan tersebut.

BACA>>Lewis Hamilton kekal bersama Mercedes F1 dua tahun lagi

BACA>>Lewis Hamilton kini juara dunia F1 tujuh kali

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here