Bas harung banjir hingga tenggelam separuh badan, pemandu seronok digantung kerja sebab..

3385

Salah satu masalah yang timbul pada musim hujan adalah banjir dan ini yang dialami oleh penduduk India. 

Satu video yang berlaku di India ini menjadi tular apabila pemandu bas Karnataka State Road Transport Corporation (KSRTC) begitu yakin mengharungi banjir besar di Kerala.



Kejadian itu berlaku di depan jalan Gereja Maria di Poonjar, Kerala. Pemandu bas, Jaydeep Sebastian melalui jalan yang ditenggelami air dengan mudah.

Bagaimanapun sebaik melalui bahagian yang semakin dalam hingga menenggelamkan separuh badan bas dan air mula masuk melalui tingkap, Jaydeep sedar tindakan kurang bijak berkenaan.

Dia tahu bas tidak dapat mengharungi baki jalan di depan dan mengambil keputusan berpatah semula. Ketika itulah enjin bas berhenti dan tidak dapat dihidupkan sehingga menimbulkan panik dalam kalangan penumpang.

Kemudian penumpang dipindah ke tempat selamat dan tiada korban jiwa atau kecederaan dilaporkan. Susulan kejadian berkenaan, Menteri Pengangkutan, Antony Raju mengarahkan Pengarah Urusan KSRTC untuk menggantung tugas Jaydeep.

BACA>>Dahulu tunggang kapcai dan sewa kereta kini mampu beli Ford Mustang

Ini kerana Jaydeep memandu dalam keadaan berbahaya dan mengabaikan keselamatan penumpang.

Jaydeep menyambut baik keputusan berkenaan kerana sebelum ini dia pernah meminta cuti daripada pihak majikan namun ditolak. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here