McLaren Speedtail J7711 dikesan di Johor, milik Tunku Idris

17048

Beberapa hari lalu, akaun Instagram @agentmlifestyle memuatnaik beberapa keping gambar sebuah McLaren Speedtail yang dikesan sedang dinaikkan ke atas sebuah trak.

Kemudian imej berkenaan dikongsi akaun Instagram @only.speedtail yang menjelaskan supercar berkenaan dikesan di Johor dan turut mengucapkan tahniah kepada pemilik iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Only Mclaren Speedtail (@only.speedtail)



Menurut gambar yang dikongsikan oleh netizen difahamkan, McLaren Speedtail berkenaan kini berada di Singapura untuk penyelenggaraan. 

McLaren Speedtail dengan nombor pendaftaran J7711 berkenaan menerima kemasan perak didepan yang kemudian digabungkan dengan material gentian karbon di belakang. 

BACA>>Video: Anda wajib tonton McLaren Speedtail berlumba dengan jet pejuang F-35 Lightning ini!

Untuk makluman anda, McLaren Speedtail hanya dikeluarkan sebanyak 106 buah seluruh dunia dan anggaran harga supercar tersebut sekitar Euro 1.75 juta (RM8.5 juta). 

Bagaimanapun tidak semua pelanggan boleh membeli Speedtail yang mana ia hanya ditawarkan  kepada tetamu VVIP yang layak. Difahamkan pembeli yang layak apabila mereka memiliki beberapa unit McLaren seperti P1 dan Senna.

Walaupun McLaren Speedtail diposisikan sebagai GT iaitu kereta sport prestasi, ia dilengkapi dengan enjin 4.0 liter V8 Twin Turbo Hybrid, enjin V8 menghasilkan kuasa (746hp/799Nm) dan motor hibrid (308hp/347Nm).

Ini menjadikan kuasa keseluruhan Speedtail ialah 1070hp dan tork 1150Nm. Pecutan 0-100kmj dicapai dalam tempoh tiga saat  dengan kelajuan maksimum 403kmj. 

BACA>>McLaren Speedtail catat kelajuan maksima 403km/j sebanyak 30 kali

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Only Mclaren Speedtail (@only.speedtail)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here