Honda sedang menyiapkan superbike Fireblade brutal untuk 2020?

3013

Tahun ini, Honda menandatangani kontrak dengan Moriwaki Engineering dengan hasrat mendapat semula kemegahannya. Moriwaki Engineering merupakan pengeluar Jepun bagi produk prestasi tinggi dan aksesori motosikal. Syarikat itu telah bekerjasama dengan HRC di Jepun selama bertahun-tahun dan dipilih untuk mengoperasi pasukan Honda dalam WSBK. Untuk mencapai matlamat ini, jentera dipilih ialah Fireblade SP2, sebuah motosikal yang kini dalam musim ketiganya selepas mula diperkenal pada penghujung 2016.

5 Mei 2016 merupakan kali terakhir Honda World Superbike Team memenangi perlumbaan World SBK. Pelumba dari Kentucky, Nick Hayden merangkul kemenangan WSBK pertama beliau dalam cuaca basah.



Dia melepasi garisan penamat di Sepang dengan persembahan kelajuan dan kawalan dalam situasi sukar. Selepas kemenangan bermakna ini, Honda tidak lagi memperoleh sebarang kemenangan untuk hampir dua tahun.

Walaupun pelbagai usaha dan pembaharuan diberikan pada Fireblade itu, jelas sekali bahawa CBR 1000 RR masih sebuah motosikal yang memerlukan langkah tambahan untuk bersaing dengan lawan-lawannya.

Edisi Young-Machine dari Jepun mendakwa bahawa Honda sedang menyiapkan sebuah motosikal jalanan yang hanya akan dipertonton di EICMA di Milan pada November nanti. Walaupun secara astetiknya ia akan serupa dengan Fireblade, Young-Machine berkata revolusi rupanya akan lebih menghampiri RC213V, Ducati (Panigale V4), Yamaha (YZF-R1M) dan Aprilia (RSV4 RF).

Jika imej rekaan (rendering) ini boleh dipercayai, Fireblade 2020 akan menggunakan sistem V-TEC. Konfigurasi enjin masih belum jelas, ada media yang berkata Honda akan terus menggunakan enjin 4-silinder sebaris, dan ada yang mengatakan syarikat itu akan beralih ke konfigurasi V4.

Pendapat kedua itu lebih logik dari segi prestasi dan kos. Ya lah, apa gunanya melabur berjuta dolar bagi pembangunan enjin V4 untuk Moto GP tetapi tidak memanfaatkannya untuk motosikal jalanan, bukan?

Pengalaman

Honda sudah mempunyai pengalaman menggunakan komponen dari motosikal perlumbaan untuk versi boleh ditunggang di jalan raya. Pada 2015, sebuah motosikal eksotik RC123V-S iaitu sebuah jentera Moto GP boleh dibeli untuk tunggangan jalan raya asalkan anda ada $180,000 (RM736,758).

Untuk Fireblade 2020 ini, secara logiknya Honda akan menggunakan strategi berbeza sedikit untuk menawarkan motosikal yang lebih mampu milik dengan harga tidak lebih dari $25,000 (RM102,327).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here