Gara-gara patung Halloween, seorang lelaki disiasat polis disyaki menculik

1327

Gurauan seorang lelaki membawa padah apabila dia disoal siasat polis selepas disyaki menculik seseorang yang diletakkan di bahagian belakang kenderaannya.

Daren Houlker, 49, memandu van tersebut sejauh lebih tiga kilometer dan terlupa mengenai dekorasi mengerikan di belakang van miliknya, menyebabkan orang awam membuat laporan kes penculikan.



Dia terkejut apabila melihat anggota polis muncul di kediamannya dan sedang menjalankan siasatan bagi jenayah penculikan.

BACA>>Misteri van atas bumbung hentian bas, orang ramai ingat teknik pemasaran rupanya

Houlker kemudian meminta pegawai polis untuk memeriksa van miliknya, dan pegawai tersebut tertawa apabila menyedari ia hanyalah tangan dan kaki yang diperbuat daripada plastik di pintu belakang van miliknya sempena sambutan Halloween. 

BACA>>[Video] Ford Mustang terbang entah dari mana langgar kedai serbaneka

“Ia adalah gurauan kecil yang saya lakukan. Biasanya saya meletakkannya di dalam kereta saya tetapi tahun ini saya berfikir untuk meletakkannya di dalam van kerana saya tidak menggunakan van minggu ini. 

“Memandangkan saya memandunya pada hari yang berangin, tangan dan kaki tersebut mungkin berterbangan, menyebabkan orang ramai beranggapan seseorang diculik dan sedang meminta bantuan.

“Helah itu merupakan satu kejayaan namun saya tidak menyangka ia keterlaluan,” kata Daren Houlker.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here