Perodua pecah rekod jualan dan pengeluaran bulan Oktober

1280

Perodua mendaftarkan 27,858 kenderaan pada bulan lalu yang mana memecahkan rekod jualan baharu. 

Rekod baharu tersebut dicapai menerusi peningkatan pengeluaran dan penghantaran kenderaan yang pantas kepada pelanggan. 



“Pencapaian ini adalah komitmen kami terhadap pelanggan yang mana mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus daripada 14,160 unit yang dijual pada September lalu.

“Kami kini sedang berusaha untuk meningkatkan lagi pengeluaran terutamanya untuk tahun ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

BACA>>Ini 4 sebab Perodua Myvi kekal kereta terlaris

Berikut pecahan pendaftaran kenderaan bulan Oktober mengikut model: 

MODEL UNIT
Myvi 8,761
Axia 5,973
Bezza 5,257
Ativa 3,973
Alza 2,553
Aruz 1,341

 

Sementara, bulan Oktober juga menyaksikan jumlah pengeluaran tertinggi iaitu 29,803 unit dalam tempoh sebulan.

Zainal berkata pencapaian 29,803 unit itu adalah di luar kapasiti pengeluaran semasa Perodua, namun kakitangan mampu meningkatkan produktiviti mereka dengan tahap kualiti yang sama walaupun tanpa kakitangan, peralatan atau jentera baharu.

Dari Januari hingga Oktober tahun ini, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 146,951 unit iaitu perbezaan 14.5 peratus berbanding pendaftaran kenderaan 171,861 unit pada tempoh yang sama 2020.

BACA>>Wajah baharu Perodua Myvi 2022 facelift terdedah ketika penggambaran iklan

“Baki dua bulan lagi tahun ini akan menjadi satu cabaran kami masih berdepan dengan masalah bekalan akibat pandemik dan kami mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas kesabaran dan kefahaman mereka dari segi penghantaran kenderaan,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here