Toyota Veloz dan Daihatsu Xenia bakal membuat kemunculan rasmi minggu depan pada acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021.
Bagaimanapun, belum rasmi dilancarkan imej intip kedua-dua MPV berkenaan bocor di alam maya dan kehadiran MPV kompak itu sebenarnya bakal menjadi petunjuk kemunculan Perodua Alza serba baharu ke pasaran tempatan.
View this post on Instagram
Imej muka depan Daihatsu Xenia yang dikongsi akaun Instagram @b_channel_indonesia menunjukkan gril depan yang lebih kecil dan dipadankan dengan lampu utama lebih slim.
Bahagian bonet depan pula didatangkan dengan kemasan jalur merah atau hitam yang mungkin dibezakan mengikut varian. Rim pula ditawarkan dengan dua tona warna.
BACA>>Gelojoh menyelit, rider langgar anggota trafik jaga lalu lintas
Sementara, Toyota Velox pula dipadankan dengan gril yang lebar dan besar berbentuk corak Y berwarna hitam bersama kemasan krom pada bahagian depan bonet dan plat skid bampar berwarna perak di depan dan belakang.
Imej Velox lebih jelas yang dirakamkan di kemudahan pengeluaran Krawang, Jawa Barat menunjukkan bahagian belakang yang lebih lebar kini dipadankan dengan lampu yang ditarik sepanjang bonet. Turut tersedia nama Veloz pada pemegang nombor plat dan lencana Q.
Di samping itu, rim didatangkan dengan dua tona warna yang kemudian dipadankan dengan garis badan sisi yang ditarik daripada lampu depan hingga ke lampu belakang.
Selain itu, terdapat khabar angin Toyota Veloz Q akan dilengkapi dengan sistem Toyota Safety Sense (TSS) dan tidak mustahil Daihatsu Xenia juga bakal ditawarkan dengan teknologi Advanced Safety Assist (ASA) .
BACA>>Kereta buatan tempatan tidak lasak?
Perlu diingatkan ciri keselamatan yang ditawarkan antara Toyota dan Daihatsu mungkin berbeza. Kemungkinan ciri peralatan yang ditawarkan pada Toyota tiada pada Daihatsu, begitu juga sebaliknya.
Buat masa ini masih belum ada maklumat terperinci sama ada Veloz bakal menggunakan Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang sama dengan Ativa, Rocky, Raize dan beralih kepada pacuan roda depan daripada pacuan roda belakang.
Apapun kehadiran dua buah MPV di pasaran Indonesia itu menjadi petunjuk kepada model akan datang Perodua Alza (D27A). Cuma penampilan rasmi MPV tempatan dan masa pelancaran saja masih disimpan rapi oleh pengeluar.