#TahukahAnda: Hilang kunci kereta?, ini gunanya kod nombor pada plat logam kecil

7767
Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kod nombor kunci kereta. Apabila membeli kereta baharu, anda akan diberikan dua buah kunci iaitu kunci utama dan pendua. 
 
Kemudian, jika anda perasan akan ada satu tag kecil pada rantai kunci tersebut. Kod nombor kunci itu akan dicop pada plat logam kecil berkenaan. 
 

Kod kunci kenderaan itu sebenarnya penting di saat anda kehilangan kunci utama dan pendua. Jadi anda perlu menyimpan rapi tag tersebut, ini kerana anda boleh dapatkan duplikasi kunci baharu di pusat servis sah kenderaan. 
 
Bagaimanapun, tanpa kod nombor tersebut urusan akan menjadi sedikit rumit dan melibatkan kos yang agak mahal. 
 
Menurut perkongsian akaun Facebook Dunai Automotif, tanpa kod nombor tersebut pemilik perlu menukar kepada set kunci baharu dan kos yang tinggi berbanding hanya menduplikasi kunci. 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here