Gara-gara ikut Google Maps, trak pikap terjunam ke dalam sungai

1680

Gara-gara begitu patuh mengikuti arahan navigasi Google Maps, sebuah trak pikap terjunam ke dalam sungai.

Difahamkan pemandu tersebut tidak mahir dengan jalan di kampung tersebut dan menerusi arahan Google Maps dia perlu melalui jambatan buluh untuk menuju ke rumah pelanggan di Doko.



Sudahnya trak pikap yang membawa muatan kayu api itu menjunam ke dalam sungai ketika melalui jambatan buluh di Kampung Suru di Doko, Jawa Timur, Indonesia.

BACA>>Tular video konvoi motor buat aksi superman dan tunggang melulu, netizen minta polis ambil tindakan

Penduduk kampung yang menyaksikan kejadian hanya mampu melihat, walaupun sudah cuba menghalang trak pikap itu daripada melalui jambatan buluh yang tidak dapat menampung berat kenderaan besar.

Namun pemandu kenderaan tersebut tidak mengedahkan berikutan hujan lebat. Bagaimanapun, kenderaan itu berjaya dibawa naik ke daratan dengan bantuan penduduk kampung dan pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.

BACA>>[Video] Kanvas lori terbang, penunggang dan penumpang motosikal nyaris maut

“Sudah maklum jambatan buluh tersebut hanya boleh dilalui motosikal.

“Selepas melalui jambatan itu, trak pikap berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun bernasib baik kerana tidak dihanyutkam arus,” kata jurucakap polis Doko, Anik Sri Utariani.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here