PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) memperkenalkan Xpander dan Xpander Cross facelift ke pasaran tempatan.
Pihak Mitsubishi bukan sekadar melakukan rombakan pada penampilan luaran bahkan bahagian mekanikal.
LUARAN
Berbanding facelift pertama, perubahan kali ini lebih banyak yang mana penampilan khas Dynamic Shield kini lebih moden dan ringkas.
BACA>>#Throwback: Masih anda ingat, Mitsubishi ASX sentuhan Rizalman?
Lampu depan dan belakang kini berbentuk T dan didatangkan dengan ciri LED. Selain itu, bampar depan juga menerima kemas kini baharu yang dipadankan dengan lampu kabus yang masih lagi menggunakan halogen.
Sementara bahagian belakang kini diserlahkan dengan garis lekuk badan yang tajam bersama bukaan bonet dengan ciri elektrik. Aksen ekzos palsu pada bahagian belakang juga sudah dihilangkan.
Pemilihan rim aloi dua rona warna bersaiz 17-inci meningkatkan imej sporty MPV tersebut. Jarak kelegaan tanah meningkat 220mm (+15mm) menjadikan ia paling tinggi dalam kelasnya.
Xpander Cross pula masih mempertahankan kemasan mewah menerusi naik taraf gril baharu dengan kemasan hitam metalik.
KABIN
Ruangan kabin Xpander ditawarkan dengan rekaan papan pemuka yang lebih monoton namun terkesan rugged berkat tarikan garis yang ‘berkotak’.
Bahagian stereng kini didatangkan dengan punat audio. Aksen kemasan kayu juga boleh dilihat pada tepi pintu dan papan pemuka di samping dua rona warna kabin iaitu hitam dan kuning air.
Antara pembaharuan yang ditawarkan oleh Mitsubishi adalah panel pendingin hawa digital baharu, skrin infotainmen 8-inci dengan ketersambungan telefon pintar, rekaan kerusi 3D baharu, port USB pada konsol depan, Kawalan Kruise, KOS dan butang start stop, perehat tangan belakang dengan pemegang cawan serta lain-ain lagi.
Sementara, perubahan Xpander Cross juga tidak jauh berbeza dengan versi Xpander.
BACA>>Pencuri ‘cap ayam’; cuba curi Mitsubishi Outlander dari pusat pengedar
CIRI KESELAMATAN
Mitsubishi Xpander dibekalkan dengan transmisi CVT baharu untuk pengalaman tukaran gear lebih halus dan cekap bahan api. Enjin masih lagi menggunakan 1.5 liter Mivec DOHC yang menghasilkan kuasa 103hp @ 6,000rpm dan tork 141Nm @ 4,000rpm.
Bahagian suspensi dan shock absorber ditala bagi mendapatkan pengendalian lebih stabil dan selesa di jalan yang tidak rata. Kedapan kabin juga ditingkatkan bagi keselesaan penumpang.
Xpander dilengkapi dengan sistem keselamatan yang unggul antaranya dual beg udara SRS, struktur badan RISE, tali pinggang keledar dengan ELR 3-titik, Isofix, brek parkir elektrik dengan Brake Auto Hold, Bantuan Brek, Bantuan Penghidup Bukit dan lain-lain.
Bagaimanapun, PT MMKSI masih belum mengumumkan harga jualan MPV tersebut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar