Sebelum ini, tular di media sosial apabila pemilik akaun TikTok @ain_jeman berkongsi kisah yang sudah membayar RM12,000 untuk membaiki kereta namun tidak disiapkan oleh mekanik.
Lebih menyakitkan hati, Proton Wira miliknya tinggal rangka bahkan enjin juga lesap dan ditutup dengan kanvas biru sahaja.
BACA>>[Video] Bengkel dari neraka, bayar RM12k suruh baik pulih namun kereta tinggal rangka
Bagaimanapun selepas video itu tular, pihak bengkel yang dipercayai terletak di Johor Bahru itu terus menghubungi mangsa. Menerusi video TikTok, mangsa menjelaskan:
“Semalam video viral, tetiba pagi ini mekanik Whatsapp pula, padahal semalam masa pergi bengkel dia, call tak angkat, Whatsapppun tak balas ha, tiba-tiba Whatsapp.”
Menerusi perkongsian tangkap layar itu, mekanik berkenaan menjelaskan mangsa boleh mengambil kereta pada hari Ahad dan memberitahu keadaan kereta tempoh hari.
“Salam Ain, hari Ahad ni dah boleh ambil kereta. Confirm siap Sabtu. Naik enjin je lagi. Hari Sabtu dah siap cat pasang, enjin aritu belom pasang sebab ada perubahan, tak jadi pasang turbokan, OK, kalau siap Sabtu ambik hari sabtu.”
Selepas menerima mesej berkenaan mangsa mempersoalkan bagaimana keretanya yang sudah togel boleh siap dalam seminggu. Namun, mangsa menjelaskan dia akan menunggu seperti yang dijanjikan mekanik tersebut.
Dia mengakui terkejut dengan mesej tersebut kerana sebelum ini pihak mekanik seolah melarikan diri apabila mangsa bertanyakan ‘status’ keretanya.
BACA>>Hanya bersekolah hingga Tingkatan 1, kini miliki bengkel tersohor
@ain_jeman Anyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? #fyp #fypage #viral
Bagaimanapun wanita tersebut juga meminta pendapat netizen yang mana warga maya antaranya menasihati agar:
“Minta refund dan barang asal balik, hantar ke bengkel lain.”
“Report polis lepas tu report tribunal.”
“Jangan caya boleh siap seminggu, kalau enjin 1.3 mungkinlah tak serumit evo ke gsr, takut nanti kancil standard rilekje potong kete adik yang pakai turbo.”