CFMoto sertai perlumbaan Moto3 (2022) bersama Prustel GP

2276

Perlumbaan motosikal Grand Prix bakal menerima kehadiran pesaing baharu dari China iaitu CFMoto.

Pengeluar motosikal China itu akan bersaing dalam Kejohanan Dunia Moto3 dan bekerjasama dengan pasukan Prustel GP. CFMoto bakal menjadi jenama keempat dibawah  Pierer Mobility Group selain KTM, Husqvarna dan GASGAS di perlumbaan dunia itu.



Dalam kejohanan dunia 21 pusingan itu, CFMoto akan menggunakan motor lumba KTM RC4. CFMoto dan KTM sudah lama menjadi rakan teknikal dan operasi, jadi tidak hairan kedua-duanya berminat dalam motosikal prestasi tinggi.

Pasukan Prustel GP mengetengahkan dua pelumba muda berusia 18 tahun bagi perlumbaan Moto3 musim depan iaitu Xavier Artigas dan Carlos Tatay. 

Pengurus Pembangunan Perlumbaan CFMoto, Su Zhen berkata menyertai kejohanan dunia bermakna satu pengembaraan baharu syarikat tersebut.

“Kami sangat teruja dan bersyukur mempunyai beberapa rakan kongsi yang kuat, seperti pasukan Prüstel GP, dan kami tahu siri ini sangat kompetitif.

“Kami tidak sabar untuk bermula, dan akan berusaha untuk mencabar lebih banyak acara perlumbaan antarabangsa pada masa depan. Kami berharap peminat, terutamanya yang berada di China, akan mengikuti kami dalam perjalanan ini,” jelasnya.

Pakatan CFMoto dan KTM bermula dengan pengeluaran motor kapasiti kecil bagi pasaran China dan hari ini usaha sama itu terdiri daripada jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kemudahan kilang di Hangzhou.

CFMoto akan menjadi pasukan ketiga dari China yang beraksi di Moto3 selepas Loncin penghujung tahun 2000 dan Zonghsen pada 2005.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here