Honda ZR-V, SUV segmen B baharu dipamerkan di Indonesia

850

Honda memperkenalkan SUV kompak terbarunya iaitu Honda ZR-V, di Asia Tenggara di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS).

Berdasarkan bayangan imej, model yang dikatakan akan diberi nama ZR-V dan dijangka berasaskan BR-V menunjukkan model baharu tersebut mempunyai reka bentuk yang berbeza daripada model Honda semasa yang lain. 



Bahagian depan, Honda ZR-V mempunyai lampu depan dan lampu siang (DRL) berbentuk yang sama model Acura terbaru. Elemen berpetak pada rekaan gril juga kini lebih besar, grafik bertitik pada lampu belakang dan lencana RS.

SUV kompak ini agak bergaya dengan garisan tingkap sedikit bengkok dan juga tiang-D gelap serta gaya bumbung terapung, bersama lampu belakang lebar sepenuhnya. Turut dijangkakan model ini mungkin akan didatangkan dengan ciri keselamatan aktif Honda Sensing, termasuk brek kecemasan sendiri dan kawalan kelajuan adaptif. 

Namun, buat masa ini Honda masih belum mendedahkan sebarang perincian mengenai model ini tetapi dijangkakan ZR-V menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 119hp dan tork 145 Nm.

Enjin ini mungkin akan digandingkan dengan CVT yang memacu roda hadapan, dengan unit 1.0. liter pengecas turbo tiga-silinder 122 PS/173 Nm, seperti juga penjana kuasa e:VEV hybrid).

Bagaimanapun, menjadi persoalan sama ada model terbaru itu di dedahkan sebagai konsep atau sudah sedia dikeluarkan di pasaran. Sama-sama kita nantikan!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here