Kadang kala, pelanggaran boleh berlaku tanpa sengaja disebabkan oleh titik buta. Apakah itu titik buta?, ia merupakan kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pemandu mahupun lokasi yang terlindung.
Seperti mana kejadian yang berlaku baru-baru ini kerana pemandu van berkenaan tidak dapat melihat mangsa. Tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak namun kejadian berkenaan moga menjadi iktibar buat rakyat Malaysia.
Bagi ibu bapa pula, Public Health Malaysia (lihat gambarajah bawah) menjelaskan adalah penting mendedahkan kepada anak-anak bahawa jarak 10 meter dari kenderaan adalah zon bahaya terutama di kawasan titik buta (zon merah) iaitu di depan kenderaan dan sisi belakang.
Selepas kenderaan berhenti, lihat kiri dan kanan dan terus keluar dari zon bahaya (lihat zon hijau). Sama juga ketika hendak naik bas/ van.
Untuk pengetahuan, kawasan titik buta untuk kenderaan seperti treler dan trak sebenarnya lebih besar daripada kenderaan biasa. Jadi, agak sukar untuk pemandu melihat apa yang ada di sekeliling mereka.
Peranan pemandu juga penting. Ingat, ada puluhan nyawa anak anak kecil dibawah tanggungjawab anda. Oleh itu, fahami titik buta ini dan amalkan pemanduan yang selamat iaitu.
1. Pastikan jarak di belakang adalah 2 saat
2. Elakkan untuk berada pada kawasan titik buta
3. Periksa ke depan pada jarak 12 saat ataupun 100 meter ke depan
4. Pastikan terdapat ruang yang selamat di antara kenderaan yang dipotong
Perkara ini sangat penting dan selalu ditekankan oleh pengajar sekolah memandu demi memastikan keselamatan semua pihak. “Pandu Cermat, Jiwa Selamat”.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar