Kes kemalangan ‘smombie’ tinggi, sudahnya Korea Selatan cipta sistem amaran khas di lintasan belang…..

1555

Korea Selatan merupakan negara yang memiliki kadar penggunaan telefon pintar tertinggi dalam dunia. 

Menurut Pusat Kajian Pew pada 2017, hampir 94 peratus golongan dewasa Korea Selatan memiliki telefon pintar berbanding Amerika Syarikat (77 peratus) dan Jepun (58 peratus).



Kesannya, negara berkenaan merekodkan kadar kemalangan tertinggi melibatkan pejalan kaki. Pada 2017 sahaja, lebih daripada 1,600 pejalan kaki maut iaitu 40 peratus daripada data kematian trafik serta 52.9 peratus berlaku di persimpangan jalan.

Persoalannya, mengapa begitu mudah pejalan kaki Korea Selatan terlibat dalam kemalangan?. Puncanya telefon pintar, ini kerana kebanyakan pejalan kaki tidak melihat ke depan melainkan mata mereka  ‘melekat’ pada skrin telefon.

Golongan yang menggunakan telefon pintar ketika berjalan dan tidak memberi perhatian sekeliling digelar sebagai smombie yang merupakan gabungan perkataan smartphone dan zombie

Bimbang dengan situasi tersebut, Civil Engineering and Building Technology (KICT) menjalankan projek percubaan keselamatan pejalan kaki di Seoul pada 2019. Langkah ini bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya dalam kalangan smombies

“Saya terfikir tentang sistem lintasan pejalan kaki pintar yang mengiktiraf kepentingan keselamatan mereka,” kata penyelidik kanan KICT, Kim Jong-hoon.

Hasilnya, tahun lalu jumlah kemalangan melibatkan pejalan kaki menurun kepada 218 daripada 247 (2019). Pada tahun lalu, Korea Selatan merekodkan 115 kematian melibatkan pejalan kaki. 

Setelah melihat keberkesanan sistem itu, Korea Selatan memperluaskan lagi pemasangan sistem itu bagi menghindari kecelakaan dalam kalangan smombie

GUNA AMARAN LAMPU & MESEJ 

Amaran akan dikeluarkan dengan beberapa cara iaitu lampu LED berkelip yang diletakkan di setiap hujung lintasan belang, mesej pada telefon pintar dan pencahayaan lampu laser untuk peringatan pejalan kaki dan pemandu.  

Sistem akan menyalakan lampu LED warna merah, kuning dan biru di bahu jalan sebagai amaran dan disertakan dengan bunyi penggera. Sistem juga menggunakan pancaran laser yang dipancarkan dari tiang kuasa berdekatan. 

Jika itu masih belum mencukupi, tanda mesej peringatan imej kenderaan dan pejalan turut ditulis di atas jalan.  

Selain itu, satu notifikasi mesej akan muncul pada skrin telefon pengguna dengan amaran bunyi apabila adanya kenderaan menghampiri dalam 30 meter.

Sistem amaran multi-dimensi itu beroperasi menerusi sensor radar dan kamera terma yang akan mengesan pejalan kaki yang mendekati lintasan dan memaklumkan pusat sistem kawalan.

Harga bagi setiap pemasangan sistem amaran di satu lintasan melibatkan kos Won 15 juta (RM176,0000). 

Sementara itu, Kim Dan-hee, seorang penduduk Ilsan menyambut baik langkah tersebut dan mengakui dia juga sering kali mengadap telefon sehingga tidak melihat keadaan trafik ketika ingin melintas. 

“Cahaya yang berkelip-kelip ini membuatkan saya berasa selamat kerana ia membuatkan saya melihat sekeliling sekali lagi, dan saya berharap sistem ini akan digunakan di lebih banyak bandar,” jelasnya. 

Menurut Daily UK walaupun memastikan keselamatan pengguna ketika menggunakan lintasan belang namun ciptaan pelik itu sebenarnya menggalakkan smombie ‘melekat’ pada telefon semasa melintas jalan dan tidak semua pihak boleh menerima idea berkenaan. 

@naturalkorean

#seoul #korea #southkorea #bts #army

♬ Butter – 방탄소년단 (BTS)

Seperti mana anda boleh lihat video TikTok di atas, lampu LED terang berkenaan menunjukkan waktu selamat untuk menyeberangi jalan walaupun mata pengguna melihat ke skrin telefon.

Video yang disiarkan oleh akaun @naturalkorean itu menunjukkan beberapa smombie melintasi jalan yang sibuk tanpa mendongak. 

Ciptaan itu mencetuskan persepsi yang berbeza, ada sebilangan pihak berpendapat ia adalah idea yang bagus manakala yang lain mendakwa hanya menggalakkan ketagihan telefon.

Untuk makluman, ciptaaan sedemikian bukanlah baharu yang mana ada beberapa negara sudah mempraktikkan langkah berkenaan.

Seperti Chongqing dan Hong Kong di China dan Antwerp di Belgium yang memperkenalkan laluan pejalan kaki khusus untuk smombie yang dipisahkan daripada pejalan kaki biasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here