Pengeluar kenderaan eletrik, Tesla memanggil semula 12,000 unit kenderaannya dari Amerika Syarikat (AS) berikutan kegagalan komunikasi yang boleh mengakibatkan amaran perlanggaran palsu dan brek kecemasan automatik.
Arahan memanggil semula 12,000 unit kenderaan tersebut selepas insiden melibatkan pemilik Tesla Model Y 2021 dari California mendakwa mereka terlibat dalam kemalangan semasa mod Beta FSD diaktifkan.
Insiden itu yang kini sedang dalam siasatan NHTSA yang memandang serius perkara itu yang menimbulkan kebimbangan mengenai kesediaan perisian untuk pemanduan di lebuhraya. Difahamkan perisian yang tersedia untuk semua pemilik kereta Tesla juga mengalami masalah yang sama.
“Semasa belok kiri kereta itu masuk ke lorong yang salah dan saya dilanggar oleh pemandu lain di lorong bersebelahan lorong saya.”
Kenderaan itu memberikan amaran di tengah-tengah selekoh dan pemandu cuba mengawal, namun ia sudah terlambat kerana kereta itu dengan sendirinya mengawal dan memaksa dirinya masuk ke lorong yang salah,” kata pemiliknya.
Bagaimanapun, kenderaan yang dipanggil semula akan diserahkan semula kepada pemilik selepas kemas kini perisian beta FST. Setakat 29 Oktober, Tesla mendakwa lebih 99.8 peratus kenderaan tersebut telah dikemaskini perisian tersebut.
Namun, untuk pengetahuan umum sistem pemanduan autopilot yang mengambil alih stereng sebenarnya masih memerlukan khidmat manusia apabila dalam situasi kecemasan tidak seperti pemanduan autonomi.
Autopilot masih lagi belum mencapai sistem pemanduan autonomi Tahap 5, pemandu masih perlu menumpukan perhatian pada jalan raya bagi mengelakkan tragedi berlaku seperti beberapa insiden yang berlaku akibat autopilot.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar