Raja Drift, Keiichi Tsuchiya – Apa yang buat Toyota AE86 beliau istimewa

3891

Siapa yang tidak mengenali Keiichi Tsuchiya dalam bidang drift. Beliau digelar sebagai Drift King serta dikenali dengan pemanduan touge (merentasi pergunungan). Kereta yang dipandunya ialah Toyota AE86 Sprinter Trueno yang dikenali sebagai “Hachi-Roku” (86). Cara pemanduan drift Keiichi memberi inspirasi seluruh dunia selama tiga dekad. Sut lumba hijau, AE86 dan gaya pemanduan agresifnya adalah komponen utama untuk jenama ikonik miliknya.


Bagaimana pula dengan kisah Toyota Corolla AE86 miliknya. Keiichi membeli Toyota Corolla Trueno sekitar pertengahan 80-an menerusi wang tabungan miliknya. Untuk membeli model berkenaan Keiichi melakukan pelbagai pekerjaan. Keiichi berkerja di siang hari dan berlatih skil pemanduannya sebelah malam. Lokasi yang menjadi pilihan Raja Drift itu ialah jalan pergunungan di Jepun.


Selepas bekerja keras menuju ke arena perlumbaan Jepun, Keiichi cuba membina hubungan rapat dengan jurutera perlumbaannya dan ketika bersama Toyota Racing Development (TRD) beliau mengukuhkan ukhwahnya bersama Sakurai dari TRD. Selepas Sakurai meninggal, Keiichi begitu sukar menemui ‘rumah’ baru dan jurutera untuk kereta Trueno miliknya. Kemudian beliau memilih TEC-ART Saitama, Jepun. Berikut kemas kini dan pembaharuan yang dilakukan pada model AE86 miliknya.





SPESIFIKASI ENJIN AE86 

Bahagian enjin menerima overhaul sepenuhnya dengan senarai barisan naik taraf yang panjang. Bermula dari mount enjin hinggalah kepala silinder, semuanya disentuh untuk mendapatkan kuasa 217PS dan tork 224.5Nm. 

  • Injap 7A-G 5 (Kepala AE111)
  • Kuasa Output: 217PS @ 7200rpm
  • Tork: 224.5Nm @ 4200rpm
  • Kepala silinder AE111 ASSY
  • Blok enjin 7A-FE ASSY (Enjin 7AG dan 20-injap enjin terpakai)
  • TEC-CAM264 (264-9.0Mm) (TEC-ART’S × TOMEI)
  • Spring injap TODA 
  • Piston 82deg buatan Koizumi Shokai
  • TEC-ART’S 7AG dedicated I-beam connecting rods
  • Aci engkol: 7A asli “balancing”
  • Bolt penutup engkol (ARP)
  • Engkol & rod sambungan logam: NISOM Tasu TRD
  • Beberapa komponen pemprosesan WPC/DLC 
  • Oil pan spacer (TEC-ART)
  • Corong kapasiti besar Carl (TEC-ART)
  • Injektor pelarasan TEC-ART)
  • IMPULSE made 5-valve water around KIT
  • Set pulley aluminium (TEC-ART)
  • Adaptor pam air
  • Super alternator (TEC-ART)
  • Planetary starter (TEC-ART)
  • Pemprosesn lain: kebuk pembakaran (pelarasan volum kebuk pembakaran dan pembetulan) block shakeout dll
  • Set MOTEC M84 
  • Pencucuhan langsung (TEC-ART)
  • Abah-abah (harness) enjin 
  • Talaan kereta terkini (ukuran kuasa kereta pada dinometer casis) 
  • Mount enjin TRD 
  • Mount set bush TEC-ART
  • Strengthening fail-pump (SARD)
  • EX manifold (Type-F)
  • Street Premium muffler versi Tsuchiya (nombor siri)
  • 2-lapis radiator (Type-R) 
  • Penyejuk minyak (tetapan kipas elektrik)
  • Tetapan casis ukuran kuasa kuda MOTEC pada dynno
  • Manifold EX TEC-ART (Type-F)
  • Street Premium Muffler
  • Pemangkin AE111 asli

TREN KUASA AE86

Untuk mendapatkan kuasa yang diinginkan, Keiichi menggunakan kit klac plat tunggal TEC-ART dan diffrential belakang 2-cara

  • Kit klac tunggal karbin TEC-ART 7AG (pro – spec 2)
  • N2 Cross mission TEC-ART + TRD 2WAY + 4.7 Final

SISTEM PENYEJUKAN 

  • Radiator 2-lapis TEC-ART TYPE-R + set 2 kumpulan kipas elektrik 
  • Penyejuk minyak Setrab (W360 × H265) + kipas elektrik

RODA DAN SUSPENSI

AE86 Keiichi sebelum ini menggunakan pelbagai set roda namun terkini kereta berkenaan memakai set MEISTER CR01 oleh Work. Peredam suspensi TEC-ART dipasang pada keempat-empat bahagian bagi meningkatkan kawalan badan

  • TEC-DAMPER TYPE-Aragosta oleh TEC-ART (depan jenis Street / 8k belakang / 9K)
  • Nagisa Auto made pyro tension rod dan Pirorowaamu
  • Kawalan arm Pirro TEC-ART
  • Stabilizer TRD (depan) + stabilizer asli (belakang)
  • WORK MEISTER CR01 8.5j / off + 3/15 inci (depan)
  • WORK MEISTER CR01 8.5j / off + 3/15 inci (belakang)
  • GOODYEAR RS SPORT 195-50-15

BREK

Kuasa membrek ditingkatkan dengan rotor DIXEL dan kaliper bersama pad brek Endless 

  • Cakera rotor SD DIXEL + kaliper penuh (pemprosesan MZ20) (depan)
  • Brek pad CC-Rg ENDLESS (depan)
  • Cakera rotor SD DIXEL + kaliper penuh (TEC-ART) (belakang)
  • Brek pad CC-Rg ENDLESS (belakang)
  • TEC-ART’S made original stain mesh hose

SPESIFIKASI KABIN

Bahagian kabin menerima kemas kini ringkas menerusi tiga tolok prestasi, roda TRD dan shifter plus serta kerusi kustom BRIDE. 

  • Meter suhu air 
  • Meter suhu minyak 
  • Meter tekanan minyak
  • Kerusi pemandu BRIDE GIAS II (versi Keiichi Tsuchiya KING)
  • Kerusi penumpang  BRIDE STRADIA II (versi Keiichi Tsuchiya KING)
  • Stereng dan tombol gear TRD 

Sumber: www.drifted.com

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here