Ketua Operasi Litar Mandalika letak jawatan, semakin rumit sudahnya Indonesia mohon bantuan SIC

15138

Minggu lalu, perlumbaan ATC (2021) terpaksa dibatalkan susulan kekurangan marshal. Nampaknya masalah berkenaan tidak berakhir di situ. 

Terkini, Ketua Operasi Sukan Mandalika Grand Prix Association (MGPA), Dyan Dilato  meletakkan jawatan susulan pergeseran dalaman berkaitan marshal.



Menurut portal Iwanbanaran, masih banyak perlu ditambah baik pada Litar Mandalika dan Dyan Dilato mengakui marshal yang ditugaskan untuk mengawal perlumbaan kurang bersedia.

Pada hari Sabtu semuanya sudah lengkap, ada 350 marshal. Namun dihari minggu (Ahad) mungkin kerana pekerjaannya berdiri dan kepanasan para marshal yang datang sedikit. Itulah kenapa perlumbaan dibatalkan,” jelasnya.

Di samping itu, Pengarah MGPA, Ricky Bheramsyah memohon maaf mewakili pihak syarikat atas kejadian yang berlaku. 

Kami atas nama perusahaan mohon maaf atas perkataan beliau (Dyan) yang menyakiti hati warga NTB (Nusa Tenggara Barat) terutama tim marshal. Kami paham menghina dan apapun yang terjadi di lapangan bukanlah hal profesional.

“Maka dari itu, beliau secara rasmi mengundurkan diri dari MGPA. Ke depannya segala sesuatu yang dilakukan beliau tak lagi menjadi tanggungjawab MGPA,” tegasnya.

Wah..makin menarik polemik yang berlaku di MGPA. Bagaimanapun situasi itu perlu diatasi dengan segera susulan hujung minggu ini akan berlangsungnya pusingan ketiga dan keempat ATC selain pusingan akhir Kejohanan Dunia Superbike (WSBK).

MINTA BANTUAN SIC

Namun difahamkan penghantaran krew ke Litar Mandalika bagi membantu kelancaran operasi teknikal dan pihak MGPA meminta SIC tidak mendedahkan permintaan tersebut. 

Seperti mana kita ketahui, SIC sudah menganjurkan pelbagai acara antarabangsa seperti MotoGP, Formula Satu (F1) bahkan sebelumnya menjadi tuan rumah perlumbaan WSBK. Jadi pengalaman yang dimiliki lebih banyak dalam memastikan kelancaran acara.

Selain itu, marshal yang terpilih sudah biasa menghulurkan bantuan penyelenggaraan perlumbaan MotoGP dan F1 misalnya di Thailand dan Singapura. Untuk makluman, sebelum bermulanya perlumbaan di Litar Mandalika sudah ada tiga kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pertama kisah ‘unboxing’ jentera lumba Ducati, kedua pembatalan ATC dan ketiga perletakkan jawatan Dyan Dilato. Ini perlu dijadikan pembelajaran buat pihak pengurusan agar tidak hanya memberi fokus pada litar namun juga sumber tenaga manusia yang menjadi teras kelancaran perlumbaan.

Sumber: 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here