[Video] Axia lawan arus di lorong kanan Puncak Alam, hampir sebabkan kemalangan

1851

Kebelakangan ini kes memandu lawan arus kerap dilaporkan dan tindakan penting diri itu mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Terbaharu, tular satu video menunjukkan sebuah Perodua Axia memandu melawan arus di sebuah kawasan di Alam Perdana, Puncak Alam, Kuala Selangor.



Menerusi rakaman video papan pemuka (dashcam) itu, dapat dilihat pemandu Axia berwarna perak memandu di lorong kanan melawan arus di sebuah simpang lampu isyarat.

Tindakan pemandu tersebut, mengundang kemarahan pengguna jalan raya lain yang melalui kawasan tersebut, malah nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Namun, lebih bernasib baik kereta yang merakam aksi pemandu itu tidak panik untuk mengubah laluan ketika cuba mengelak Perodua Axia terbabit daripada bertembung. Bagaimanapun tidak diketahui sebab pemandu berkenaan bertindak sedemikian. 

Difahamkan, tiada kemalangan berlaku dan beberapa kenderaan lain sempat mengelak Axia tersebut.

Mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu yang memandu secara melulu dan berbahaya akan dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika disabit kesalahan.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here