Tengah Litar Mandalika ada kampung kecil, penduduk rungut bunyi bising dan diarah ikat lembu ternakan ketika WSBK

15122

Pelbagai isu berlaku di Litar Mandalika sebelum bermulanya acara perlumbaan kejohanan dunia dan ia tidak terhenti di situ.

Ketika bermulanya acara perlumbaan pusingan akhir Kejohanan Dunia Superbike (WSBK), timbul pula isu lain. Siapa sangka berhampiran Litar Mandalika ada perkampungan kecil sehingga penduduk tersebut berasa terganggu dengan bunyi bising motor!.



Penduduk yang terpenjara di situ merupakan warga Dusun Bunut, Desa Kuta, Lombok Tengah dan suara ekzos motor lumba WSBK paling kuat didengar ketika pelumba melalui selekoh 5, 6, 7, dan 8. 

“Kalau terganggu (suara motor) pasti iya, tapi mau gimana lagi,” kata salah seorang penduduk. 

Difahamkan seramai 48 keluarga yang tinggal di tengah Litar Mandalika tersebut. Pencemaran bunyi itu menyebabkan waktu tidur mereka terganggu terutamanya anak kecil.

Seperti mana kita tahu bunyi ekzos motor kuasa besar sangat tinggi dan boleh mengganggu. Kerana itulah ada antara penonton yang perlu menggunakan alat sumbat telinga (ear plug).

Persoalannya mengapa mereka tidak berpindah, menurut penduduk tanah mereka masih belum dibeli. 

Soal harga, Indonesia Tourism Development Corporation (ITDC) dan penduduk tempatan sudah sepakat harga jualan pada Rp 75 juta (RM22,000) per 100 meter persegi. Rata-rata penduduk memiliki lebih daripada 20 meter persegi untuk satu keluarga besar.

“Harga tanah sudah setuju namun ada bangunan (rumah), dan mereka belum kasih harga (untuk bangunan).

“Ini baru WSBK, belum MotoGP. Kami bersedia pindah, tetapi tanah dan bangunan belum dibayar,” kata Suprayadi.

Difahamkan juga sepanjang WSBK berlangsung, warga Dusun Bunut perlu memakai gelang  litar untuk boleh mengakses keluar masuk. Tanpa gelang tersebut, mereka tidak boleh melalui kawalan ketat WSBK Mandalika.

Lebih menarik oleh kerana mata pencarian penduduk sebagai nelayan dan penternak lembu, ketika acara berlangsung penduduk diberi arahan mengikat ternakan mereka agar tiada yang terlepas ketika WSBK berlangsung. 

Tidak tergambar oleh kami ketika perlumbaan berlangsung tiba-tiba seekor lembu tersesat di tengah litar. Sungguh caca marba pengurusan Litar Mandalika!. 

Nota kaki: Minggu lalu heboh berita pihak SIC menghantar 18 kakitangan ke Litar Mandalika bagi membantu pengurusan di sana. Sayangnya tiada kenyataan rasmi dari SIC. Khabarnya, Mandalika Grand Prix Association (MGPA) minta SIC ‘merahsiakan’ bantuan tersebut. Kata sumber depa tak mau bocor. Dalam keadaan terdesakpun masih ego gais!!!.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here